Monday, October 25, 2010

BTP - Pusat Akses Sekolah

BTP - Pusat Akses Sekolah

Hantar Nukilan Anda ke untuk Diterbitkan di dalam Majalah Sekolah


Sidang redaksi majalah sekolah dalam proses menerbitkan majalah bagi sesi 2010. Oleh itu, sebarang karya kreatif diperlukan untuk diisi ke dalam majalah ini. Jika anda mempunyai hasil nukilan menarik, sila rujuk maklumat berikut:

Terbuka kepada: Semua guru, staf dan murid SK Taman Sri Pulai

Jenis Karya: Cerpen, sajak, pantun, esei dan sebagainya dalam Bahasa Melayu/Inggeris dengan jumlah mukasurat lebihkurang 1-2 ditaip dengan font 12, selang 1.5pt

Tarikh Akhir: 9 November 2010 (Selasa)

Hantar kepada: Pn Hjh Sarimah (sesi pagi)
Pn Lelawati (sesi petang)

Wednesday, August 11, 2010

BULAN KEHAMBARAN BAGI PUSAT AKSES...

Bulan Ogos merupakan bulan yang paling sunyi dan kurang meriah di dalam Pusat Akses kerana jumlah penggunaan murid menghampiri tahap sifar. Kejadian ini bukanlah kerana murid sudah bosan dengan internet ataupun disebabkan cuti sekolah, tetapi kekurangan penggunaan adalah disebabkan tiada sambungan ke rangkaian internet. Oleh itu, guru Pusat Akses terpaksa menghadkan penggunaan dan menampal notis tutup buat sementara waktu. Hanya murid Pendidikan Moral dan mereka yang ingin belajar perisian Paint sahaja sanggup masuk ke Pusat Akses pada waktu genting seperti ini. Kami dari pihak pengurusan Pusat Akses memohon maaf atas masalah teknikal ini dan akan diperbaiki secepat mungkin.

Tuesday, June 8, 2010

Panorama Pusat Akses


Berikut adalah beberapa gambar panorama pusat akses yang baru saja dikemas dan disapu dengan begitu bersih sekali oleh ahli yang bertugas.




Keceriaan dan perkembangan yang dilakukan dalam bilik ini akan ditambah sepanjang tahun ini mengikut kesesuaian. Diharap guru-guru dan murid-murid yang berkunjung ke bilik ini dapat datang bersama dengan idea penambahbaikan.


Sunday, April 18, 2010

Selamat Datang ke Laman Pusat Akses SKTSP

Pusat Akses SK Taman Sri Pulai (PATSP) telah ditubuhkan pada tahun 2009 selaras dengan keperluan memupuk budaya ICT di kalangan warga sekolah. Pusat ini merupakan bilik khas yang berupaya menampung 10 komputer dan jumlah penggunaan 15 murid pada satu masa. Penggunaan secara maksimum dilakukan sepanjang waktu rehat dengan pengawasan guru-guru PATSP iaitu En Mohd Syahidan, Pn Pauline Maria dan En Adli Azamin.

Tahun ini, PATSP merangka misi besar iaitu untuk menjayakan dan meningkatkan fungsi PATSP secara lebih menyeluruh dan sistematik kepada semua pengguna. Laman ini juga dibuka sebagai medium perhubungan dan perkongsian maklumat tentang perkembangan yang akan dilakukan pada masa akan datang.